Thursday, July 9, 2009

working time!!~


Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum w.b. t.

jumpe balik...mmg da lme da x jenguk blog ni..huhu..akhirnye..berkesempatan jugak..skrg ni cik zafira da keje..yela sbb da abis blaja kn..hee..=p~rindu gak la ngan Kolej Legenda tu..huhu..rindu la sgt..kui3.. walaupun skrg ni cik zafira da keje..tapi nk jgk luangkan mase yg x bpe byk ni kt blog ni..cyan blog ni..bersawang da..hee..

agaknye da kuar ke ek result??da kot ye..takotnye la nk tgk result..harap3 x mengerikan..huhu..adik3 ku yg masih di kolej tu sila la inform3 ye kalo ade pape yg best kt kolej tu..jangan la dilupakan kami yg da kuar ni..huhu..(-_-)..

xtau nk cite ape da..ok la..i tgh bz la skrg ni..bese la org da keje kn..hee..poyo la pulak..ok la ek..see u then..

Wallahu'alam..

Thursday, February 12, 2009

SUKARELAWAN KE GAZA DIPERLUKAN

Perhatian kepada sesiapa yg ingin menjadi sukarelawan untuk membantu penduduk2 Palestin di Gaza. Khidmat anda diperlukan segera (tarikh berangkat akan dimaklumkan oleh pihak penganjur). Dengan kerjasama GPTD dan GPM, anda akan di hantar ke GAza selama 3 bulan. Sebarang info lanjut bolehlah menghubungi:



Saudara Jufitri Joha

Jawatankuasa Rabithah Syabab

Muassasah Al-Quds Malaysia - Lubnan


di


> jufitri1979@yahoo.com

>
http://gptd-spain.blogspot.com

>
http://gptd.blogspot.com



* Yg sedang membaca post ni, klau boleh, sila siarkan juga di blog anda. Moga usaha yg kecil ini dapat membantu saudara2 kita di Palestin. Trima kasih. =)

TALK SHOW NISA'




"Aku Dibius Cinta" oleh 2 panelis yang tidak asing lagi;
  • Ustaz Hasrizal Abdul Jamil(Pakar Motivasi-www.saifulislam.com dan Pengarang buku "Aku Terima Nikahnya"
  • Ustaz Mohd Uda Kasim (Eksekutif Penerangan dan Dakwah Lembaga Zakat Selangor)

-Bila dan di mana?
  • 14 Februari 2009 (Sabtu)
  • Jam 9:30pg-1:30tgh,
  • Pentas Utama Kompleks PKNS Shah Alam.

Pendaftaran adalah PERCUMA dan cenderahati istimewa untuk 100 pesersta awal! Jom datang beramai-ramai untuk mendapatkan penerangan jelas tentang sambutan 'Hari Kekasih' yang disambut di seluruh dunia sambil berhibur dengan artis nasyid jemputan; Mestica.
Mohon disebarkan kepada rakan-rakan dan saudara-mara ye
poster both these link

Monday, January 26, 2009

kembali menjengah

assalamualaikum...

ermm..esok da nk blik kolej...rase malas je nk blik sane...tapi sebab ade exam nanti,kene la balik jugak..da 3 hari duk kt rumah ni...baru hari ni ade mase nak pegi siber kafe (cc)...huhu..hari ni kene siapkan jugak application UPU tu...laju giler tenet kat sini...x mcm kt kolej...lembab~~lagi lembab dari kura2 tapi x la selembab siput...hehe...da kebetulan ade kt cc ni...ape lagi kan...terus je la meng'update' blog ni...ermm..okla...nak pegi pasar malam ni...daa~~

Friday, January 23, 2009

kepulangan yg dinantikan...

assalamualaikum..
alhamdulillah hari ni aku da nmpk mcm perak tu melambai2 je...yela nk suruh aku balik...hihi.. sbnr nya blik esok, tetibe je kne blik malam ni...yela naik kereta ngan org..so kne la ikot die... da mula da terase rindu kt mama, abah, adik3, kucing3, ibu, ayah, dan sape3 lgi la yg ade kt perak tu.. so mungkin dalam 4 @ 5 hari ni blog ni x akan di'update'...insyaAllah kalo sempat, akan ku rajin2 kan kaki ni utk pergi cyber cafe dan ringan2 kan tangan dan jari jemari ni utk menaip... hehe... hee~da x sabar nk blik ni...moge3 perjalanan kami selamat dan dipermudahkan olehNYA..ameen...

ROH dan JASAD umpama SIM CARD dan HANDPHONE

Mungkin ada yang tertanya adakah begitu sekali perbandingan yang dibuat? Sebagaimana yang kita maklum perumpamaan merupakan salah satu kaedah Allah mendidik manusia untuk memahami mesej yag terkandng di dalam Al-Qur'an. Misalnya dalam surah al-Ankabut, Allah menyebutkan tentang bandingan mereka yang mengambil selain dari Allah sebagai Tuhan di dalam hidupnya


Allah berfirman yang bermaksud : "Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan".(Surah al-'Ankabut ; Ayat 41)

Saya ingin mengemukakan perbahasan yang menarik oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah di dalam kitab al-Amthal fi al-Qur'an tentang ayat 41, Surah al-'Ankabut. Beliau menegaskan bagaimana mereka yang mengambil pelindung dan Tuhan selain Allah adalah seumpama labah-labah yang membuat sarangnya yang memang diketahui lemah dan tidak kuat. Tambah beliau, perumpamaan ini Allah bandingkan dengan golongan kafir yang jauh dari kebenaran dan petunjuk Allah. Mereka bukan tidak tahu bahawa sembahan mereka tidak mampu mendatangkan manfaat atau mudharat kepada mereka sebagaimana mereka tahu sarang labah-labah adalah tempat perlindungan paling lemah, namun demikian, Allah sebenarnya telah menafikan ilmu mereka tentang kecenderungan mereka untuk mengambil Tuhan selain Allah sebagaimana labah-labah yang tetap juga membuat sarangnya sebagai tempat perlindungan.


Oleh itu, bila saya bandingkan roh dan jasad umpama sim card dan handset memang tepat. Cuba kita bayangkan sebuah handset yang canggih misalnya Nokia N95 yang boleh bertindak sebagai navigator dan penunjuk arah tetapi tidak dapat berfungsi kerana tiada sim card di dalamnya, sudah tentu kita tidak mampu mendapat manfaat dari handset canggih itu. Begitu jugalah seorang manusia yang mempunyai paras rupa yang cantik atau menawan dengan tubuh yang tegap atau pinggang yang ramping tetapi terbujur kaku kerana roh telah dicabut, sudah pasti jasad itu akan segera ditanam kerana dibimbangi akan mengeluarkan bau busuk.


Maksud yang ingin saya sampaikan di sini ialah, mutakhir ini ramai orang sibuk menjaga paras rupa fizikal lebih dari menjaga kesucian hati. Begitu jugalah hari ini, orang sibuk membeli handset yang canggih tetapi hampa apabila tidak dapat membuat panggilan call-out kerana kehabisan credit! Sebab itu, mereka yang bergaji besar seperti pensyarah atau doktor handsetnya kadangkala lebih koman berbanding handset seorang student universiti! Alasan yang mereka berikan "Buat apa handset mahal, yang penting asal boleh telefon orang dan orang telefon kita dan boleh tulis dan terima sms cukup"!


Sebab itu, perlu diingat, yang hanya akan menanggung siksaan atau nikmat di akhirat nanti adalah ruh semata-mata sedangkan jasad akan hancur dimakan ulat. Begitu jugalah handset yang canggih tiada kegunaannya jika tiada sim card di dalamnya. Renung-renungkanlah
!

memahami erti sebenar menutup aurat


WANITA zaman pasca moden ini, pakaian dan cara berpakaian sebahagian wanita sekarang gagal mencapai matlamat menutup aurat seperti dituntut Islam. Pakaian mereka hanya berjaya menutup kulit badan, tetapi masih tetap mempamerkan kecantikan dan keistimewaan bentuk serta susuk hingga boleh dikatakan, sama ada mereka berpakaian atau tidak, sama saja.Tetapi itulah hakikatnya, mereka terbabit dengan amalan tabarruj iaitu perbuatan mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau anggota badan lain. Menurut al-Bakhari, tabarruj ialah wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.Ketara sekali mereka yang berkenaan khususnya wanita yang mengakui Muslimat, tetapi sukar dikategorikan sebagai Mukminat, terlalu ingin memperagakan kecantikan diri atau keistimewaan sifat fizikal kewanitaan mereka.

Mereka berpakaian untuk menambahkan kecantikan, bukan untuk menutup aurat. Di samping itu, mereka bersolek dan menggayakan gerak serta lagak yang menarik ketika berada di luar rumah, sedangkan tidak demikian apabila berada di rumah.Untuk mendapat perhatian orang ramai itulah mereka menghiasi diri dengan pakaian fesyen baru yang mengikut aliran semasa, indah serta mahal, diserikan dengan barang kemas mewah bergemerlapan, manakala wajah disolek bahan mekap berwarna-warni.Pakaian mereka tidak berfungsi sebagai penutup aurat lagi, bukan untuk melindungi kecantikan daripada pandangan lelaki bukan mahram, sebaliknya mendedahkan habis-habisan. Sedangkan amalan itu ditegah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kalian (wanita Islam) tetap di rumah kalian berhias (bersolek) dan mendedahkannya (bertabarruj) seperti mereka lakukan oleh orang-orang jahiliah dulu." (Surah al Ahzab, ayat 33)Selain terbabit amalan tabarruj, tradisi berpakaian dan bersolek kalangan wanita moden sekarang membuktikan umat manusia akhir zaman terutama wanitanya, sudah jauh berundur ke belakang untuk kembali ke zaman kuno dan mewarisi cara hidup kolot manusia primitif zaman batu, atau setidak-tidaknya mengamalkan cara hidup zaman jahiliah.Hal ini jelas sekali kerana bukankah amalan menghiasi muka dengan tempelan bahan mekap pelbagai warna yang dilakukan wanita moden sekarang sama dengan amalan menconteng muka yang dilakukan manusia primitif zaman kuno dulu?Bukankah amalan mendedahkan aurat depan khalayak ramai yang dilakukan wanita moden ini adalah amalan wanita zaman jahiliah. Tidakkah ini satu kesinambungan antara tradisi zaman jahiliah dan tradisi zaman pasca moden ini?

Memang berlaku perubahan positif dalam hal berpakaian untuk menutup aurat di kalangan wanita Islam di negara kita dalam dekad mutakhir ini. Tetapi malangnya, perubahan itu tidak menyeluruh kerana masih ramai yang tetap dengan tradisi berpakaian mereka.Jika ada yang memenuhi kewajipan menutup aurat, tidak memenuhi tuntutan mengikut kehendak hukum syarak. Contohnya, memang sudah ramai wanita memakai tudung tetapi pada masa sama, memakai baju dan kain atau seluar ketat yang jelas memperlihatkan bahagian tertentu badan mereka.Berpakaian seperti itu sudah tentu tidak diterima sebagai menutup aurat, kerana menutup aurat dalam Islam bukan sekadar menutup kulit badan, tetapi melindungi rupa bentuk kulit semua bahagian anggota badan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak iaitu wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka."Maksud ayat itu sangat jelas, namun seolah-olah belum dapat difahami wanita. Buktinya mereka tidak mematuhi arahan menutup aurat itu sepenuhnya.

Malah, ramai yang langsung tidak menghiraukannya.Mereka sebenarnya mempersendakan hukum Allah apabila menutup kepala dan rambut sepenuhnya tetapi masih memperlihatkan bentuk anggota badan dalam pakaian yang ketat sendat atau mendedahkan bahagian anggota lain seperti kedua belah betis apabila memakai seluar, skirt atau sarung sempit yang berbelah di bawah.Masih ramai lagi wanita yang enggan memakai tudung kepala, atau hanya menutup kepala dengan kelubung kecil, menampakkan bahagian depan dan ekor rambut.

Ia juga adalah perbuatan yang boleh dianggap sebagai mempersendakan hukum Allah.Demikian juga dengan amalan memakai tudung kepala pelbagai bentuk dan fesyen. Walaupun mereka berjaya menutup kepala dan rambut, namun masih mendedahkan tengkuk, leher serta sebahagian dada atau memperlihatkan bentuk dada dalam baju yang ketat.Semua fenomena mendedahkan aurat itu adalah ciri amalan tabarruj, amalan kaum zaman jahiliah. Selain tradisi berpakaian, tradisi bersolek yang termasuk dalam amalan tabarruj kurang diberi perhatian. Seolah-olah larangan dalam hal ini tidak diketahui.

Keadaan wanita yang tidak terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang tidak keluar rumah, tidak bercampur-gaul dengan lelaki bukan muhrim dan apabila keluar, tetap memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya dan wajah mereka tanpa bersolek.Golongan terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang keluar rumah dengan berpakaian tidak sopan atau berpakaian ala Barat, mendedahkan banyak bahagian aurat atau berpakaian sopan tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya atau berpakaian moden, ketat, singkat dan berbelah.Allah mengetahui akibat baik dan buruk daripada segala tindak-tanduk hamba-Nya, termasuk akibat buruk daripada pendedahan aurat atau perlakuan tabarruj itu.

Sehubungan itu, Allah mewajibkan wanita menutup aurat mereka.Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

update meng'update'..

assalamualaikum...

wah!! sejak da ade blog bru ni...lame tol xbukak..huhu...xde mase...dulu mmg ade blog..tapi lame noo x bkk nye..smpi lupe password...ermm..harap-harap lepas ni kalau ade mase yang terluang, jari jemari ni akan selalu la menekan-nekan papan kekunci ni utk meng'update' blog ni..

Monday, January 12, 2009

~ahlan wasahlan~